Marilah kita menjadi manusia yang selepas membaca sejarah sentiasa ingin mempraktikkan keindahan yang terdapat dalam cerita sejarah dan yang tersirat dalam sejarah. Apatah lagi sejarah itu mengenai keluarga Rasulullah saw yang Jibrail sentiasa datang untuk menyampaikan wahyu Tuhan di rumah keluarga suci itu. Malu jika kita mengaku umat Nabi Muhammad saw, mengaku Baginda saw sebagai idola kita, mengaku mencintai Baginda saw tetapi sejarah baginda dan keluarga baginda tidak kita ketahui. Semoga kehidupan kita semua sentiasa lebih baik dan diberkati Allah dengan mencintai Rasulullah saw dan keluarga baginda dengan sepenuh hati.
Kenalilah Tuhanmu, Tuhanku jua… kau akan dapati dunia ini terbentang luas di hadapanmu meskipun dirimu terpenjara di sebalik tembok batu.
Sebaliknya, jika kau utamakan mengenal dunia dan cinta manusia tanpa dialas cinta Allah, kau akan dapati dunia ini sempit-sesempitnya meskipun kau diami istana seluas istana Perdana Menteri di Putrajaya!
Fikir-fikirkan…
No comments:
Post a Comment