Tanpa kisah cinta diselitkan, umpama masakan tanpa garam. Bahkan banyak cerita temanya cinta. Ia sesuai dengan fitrah insan suka berkasih sayang. Di atas fitrah cinta inilah Nabi Muhammad S.A.W diutuskan kepada kita. Allah menjelaskan dalam surah al-Anbiya’, ayat 107,
“Tidaklah kami mengutusi engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat ke seluruh alam.”
Rasulullah S.A.W datang kepada kita membawa erti cinta. Menyampaikan kasih Tuhan. Membawa hadiah termahal di dunia untuk kita yakni ISLAM. Justeru, apa-apa yang dipesan Nabi S.A.W merupakan tanda kasih baginda pada kita. Nasihat-nasihatnya adalah buah cinta seorang hamba berstatus kekasih Allah pada kita.Nabi Muhammad membawa cinta Ilahi untuk kita. Ibarat seorang ibu.
Sekasih ibu pada anaknya,
Kasih lagi Muhammad pada ummatnya.
Sekasih Muhammad pada ummatnya,
Cinta lagi Allah pada hambaNya.
Dialah yang Maha Hebat menciptakan kita dengan kejadian yang unik. Apabila kita sudah mengenal pasti betapa hebatnya kejadian kita. Bagaimana kita diciptakan. Siapa yang menciptakan kita. Sekarang masanya kita menaruh rasa percaya sepenuhnya kepada Yang Maha Mencipta. Iya… kita percaya pada kewujudanNya kerana kita diciptakanNya. Kita tidak pernah mohon dihidupkan tapi dengan kasih Allah, kita dihidupkan. Kita diberi nikmat yang terlampau banyak. Allah menyebut hakikat ini dalam surah al-Nahl, ayat 18,
“Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu mampu menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain ALLAH, tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa, Maha Suci Allah yang memiliki Arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”
Pernahkah adik-adik berada dalam keadaan amat terdesak seperti lemas di laut? Atau apa sahaja keadaan genting yang mana pada masa itu tiada insan yang dapat membantu. Siapakah yang akan kita ingat dan seru? Iya, tentu sahaja kita mencari tuhan. Tuhan yang bagaimana? Apakah Budha yang dijadikan tokong/patung itu dapat membantu? Apakah Jesus/Isa yang entah berada di mana datang membantu? Tanpa disedari, kita akan berdoa dan menyeru satu zat yang tidak kelihatan pada mata lahir kita. Namun dapat dirasai hati kita.
Inilah fitrah manusia sejak azali. Kita tahu kewujudan Allah dan keesaanNya. Mana mungkin satu kapal dipandu oleh dua kapten? Pernahkah sebuah keretapi mempunyai 2 pemandu serentak? Seorang mahu ke depan. Seorang pemandu lagi mahu ke belakang.
...cinta suci membawa kepada Yang Maha Suci. Cinta suci menarik nur Ilahi.
No comments:
Post a Comment